Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia akan mengadakan beberapa aktiviti yang bersesuai dengan undang-undang pertubuhan lembaga bagi merealisasikan penubuhan Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:-

  • Pusat Perkhidmatan dan Aduan
    • Pusat Perkhidmatan akan ditubuhkan diseluruh negeri secara berperingkat-peringkat dimana ibu pejabat pusat perkhidmatan dan aduan adalah terletak di Cheras, Kuala Lumpur.
    • Tujuan diwujudkan pusat tersebut adalah untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak lembaga samada untuk membuat aduan atau mendapatkan perkhidmatan, nasihat dari segi undang-undang. Disamping itu juga, pusat ini bertindak sebagai tempat dimana orang ramai melaporkan kepada pihak lembaga sekiranya terdapat kejadian jenayah di kawasan mereka.
  • Pasukan Smart Cegah
    • Penubuhan Pasukan Smart Cegah adalah bertujuan untuk orang ramai melibatkan diri dalam Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia sebagai anggota sukarelawan yang beruniform mereka yang menjadi ahli kepada Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia ini akan diberikan kad pengesahan keahlian, sijil keahlian dan juga uniform/vest serta topi/cap anggota Pasukan Smart Cegah mereka berperanan untuk mengawal atau membantu pihak berkuasa seperti PDRM, Imigresen dan lain-lain pihak berkuasa kerajaan untuk memastikan bahawa keselamatan di kawasan mereka selamat dari berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini.
  • Akhbar / TV LKPJM
    • Pihak Lembaga Kesedangan Pencegahan Jenayah Malaysia akan menubuhkan satu unit media bagi menjalankan serta menerbitkan atau menyiarkan sesuatu isu yang berlaku atau menyampaikan maklumat dari pihak berkuasa untuk diwar-warkan kepada orang ramai dimana akhbar jenayah dan juga TV LKPJM akan dibuat oleh pihak lembaga bagi tujuan penyebarkan maklumat.
  • Pendidikan
    • Unit Pendidikan akan menjalankan tugas seperti mengadakan ceramah, seminar atau pertunjukan cegah jenayah pada orang ramai dan juga ke sekolah-sekolah.
  • Biro Kebajikan
    • Biro Kebajikan adalah membuat aktiviti-aktiviti kebajikan kepada orang ramai seperti:-
      • Sumbangan CCTV ke sekolah-sekolah secara percuma. Program CCTV ke sekolah-sekolah yang dianjurkan pihak lembaga dengan kerjasama PDRM, Kementerian Pelajaran dan juga syarikat-syarikat atau individu-individu yang menyumbang bagi program pemasangan CCTV. Pemasangan CCTV telah diadakan dimana 9 buah sekolah diseluruh negeri telah pun dipasang dan diserahkan pada sekolah-sekolah. Tujuan pemasangan CCTV ini untuk membantu pihak sekolah untuk mengawal keadaan sekitar sekolah supaya tidak ada unsur-unsur vandalisme, gangsteism, kelakuan kurang sopan oleh murid-murid sekolah dan juga memastikan bahwa tidak berlakunya kes kecurian di sekolah.
      • Mengadakan majlis sumbangan kepada orang ramai terutama majlis-majlis berbuka puasa, hari raya dan juga bantuan sukarelawan sekiranya berlaku bencana alam.
  • Mengadakan Pameran/Ekspo/Karnival
    • Pihak Lembaga akan mengadakan beberapa sesi pameran karnival ekspo kepada orang ramai bagi tujuan menyampaikan atau memperkenalkan produk-produk keselamatan samada dirumah atau pun sistem pencegahan jenayah kepada kanak-kanak dan lain-lain lagi. Pameran tersebut akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti PDRM, AADK dan juga pihak-pihak berkuasa lain.